welcome

Friday, December 07, 2012

Mahkamah Kehidupan

Assalammualaikum.

Akhirnya, kebenaran yang aku cari selama ni muncul jua. Sungguh. Sudah enam bulan aku mencari dan menunggu jawapan kebenaran. ENAM BULAN BUKAN TEMPOH YANG SEKEJAP.

Aku dah dapat buktikan yang aku tak bersalah. Chewahhh. Macam aku ni masuk court je kan. Haha.
Tapi boleh la anggap macam tu. Masuk mahkamah kehidupan duniawi.

Mana tidaknya, dituduh melakukan sesuatu yang aku tidak pernah lakukan dan difitnah begitu dan begini. Aku sedar aku bukan manusia yang sempurna namun aku ikhlas bila aku katakan perasaan aku dan komitmen aku. Bila aku sayang, aku sebolehnya beri sepenuh komitmen dan sayang aku dalam perhubungan sesama insan. Mungkin apa yang dah jadi pada hubungan aku adalah untuk lebih mematangkan aku, memberi pengalaman perit pada aku dan juga membuka ruang untuk aku lebih mengenali orang-orang di sekelilingku dengan lebih dekat.

Eh, tahu tak dalam sesebuah hubungan ada tiga komponen iaitu Intimacy, Passion dan Commitment. Aku cuba penuhi dua daripadanya iaitu intimacy dan commitment kerana aku nak pasangan aku betul-betul tahu aku dah pilih dia. Komponen passion selalunya lebih bermakna bila pasangan telah berkahwin. Faham kan kenapa? Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. komitmen dan rasa intimacy yang aku berikan dibalas dengan tuba. Ok fullstop. Aku tak mahu lagi mengungkit hal itu. Cukuplah sekadar aku katakan aku dah dapat melepaskan diri aku dari fitnah.

Puas sangat. Bila enam bulan hidup dalam penantian kerana menanti sebuah kejujuran dan kebenaran, akhirnya nama aku dibersihkan. Alhamdulillah. Buat pertama kalinya, aku tidur lena semalam. Tanpa memikirkan hal yang tidak jelas. Ak bersyukur Tuhan telah makbulkan doa aku.

Aku ambil langkah drastik bila aku cuba cari kebenaran sendiri. Aku mesej beberapa kawan yang tak pernah aku mesej sebelum ni kerana berlainan gender (dan juga kerana tidak rapat sangat, aku kan pemalu. Hahahaha). Aku tanyakan mengenai hal ini dan itu. Sehinggalah membawa kepada satu nama. Namun, nama itu rupanya fitnah juga. Ok fullstop.

Sambung lagi.

Tepat jam 0000. Aku dapat satu panggilan. Terkejut aku mendengar suaranya. Namun, aku tanyakan juga siapa kerana aku takut tersilap orang. Aku terkedu mendengar suaranya. Ya, aku memang begini. Bila dia bercakap dengan aku, aku akan secara automatiknya MATI KATA. Kelakar bukan? Hahahaha. Mati kata bukan bermaksud aku tak bercakap langsung. Aku masih bercakap dalam kadar yang sedikit dan kurang bermakna. Aku kata kurang bermakna kerana kata-kata yang aku simpan rapi dalam kotak pemikiran tiba-tiba hilang tatkala mendengar suaranya. Senang cerita, apa yang aku nak sampaikan menjadi berbeza bila aku dengar suaranya. Nak cakap perkara lain, tapi cakap benda lain.

Dulu pun selalu begitu. Akibatnya, aku yang kena marah kerana selalu berdiam bila dia menelefon. Bukan aku tak nak cakap, tapi aku jadi terkedu. Faham tak. Harap-harap faham la.

Panggilan itu telah dia manfaatkan sebaiknya. Kata maaf darinya, kata nasihat darinya, kata... Aku tak dapat nak rungkai satu persatu tapi kenapa aku tak boleh panggil dia "kau"? Sedangkan dengan kawan-kawan lelaki yang lain, aku panggil "kau". Dia kata kalau aku anggap dia kawan, mesej la dia bila-bila pun. Tapi aku rasa dah tak perlu mesej rasanya sebab dulu dia tak mesej pun walau aku kata aku masih boleh berkawan dengan dia. Untuk apa buat sesuatu andai orang lain tak ikhlas melakukannya untuk kita kan.

Walau hati aku nak mesej dia sebagai kawan, namun aku tak dapat lakukan demikian. Maaf. Kata akhir aku untuknya adalah jangan pendam apa-apa seorang diri dan jangan mengelak dari masalah. Hadapi masalah dan terus-terang pada orang yang signifikan kerana kejujuran dalam sesebuah perhubungan adalah penting. Jangan simpan semuanya seorang diri. Itu hanya akan lebih melukakan hati orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita.

Aku mahu menulis lagi tapi nanti dah tak ada modal untuk entry lain kan. Hahaha..alasan je. Aku dah mengantuk sebenarnya. Selamat malam. Assalammualaikum.

No comments: