welcome

Saturday, December 01, 2012

Hasil Akhir = Keputusan

Akhirnya. Sesuatu terjadi. Keputusan telah dibuat. Berdasarkan perancangan yang telah dirancang dalam minda. Atas gerakan perasaan dan naluri manusia. Setelah meminta pertolongan dan petunjuk dari Ilahi.

Kadang-kadang terbit rasa cemburu. Adakalanya, rasa iri hati. Oh, cemburu dan iri hati tak sama ye.
Jahatkah aku kalau aku terlintas untuk mengharapkan pengakhiran yang negatif? Mestilah jahat kan. Aku cepat-cepat positifkan balik pemikiran aku. Dua insan yang bercinta setentunya mengharapkan pengakhiran yang baik. Bukan sahaja untuk duniawi, tetapi juga di syurga nanti.

Ah, hati ini sakit la. Tapi tak la sakit sangat. Entah. Pelbagai perasaan yang dirasa sekarang ini. Sakit. Lega. Cemburu. Iri hati. Redha. Pasrah.

Dia kata si dia gentleman. Kenapa si dia tak berbuat perkara yang sama dulu? Sebaliknya menyalahkan pihak yang lain tidak sukakan padanya. Aku yang nampak si dia. Aku yang lebih tau detik itu. Lagipun, esok harinya, aku keluar dengan si dia. Itu pun masih dikata tidak suka padanya. Hai manusia kan.

Adakah aku pasrah? Atau aku redha? Aku pun tak pasti. Namun jauh di sudut hati ini masih terkilan. Tapi ada rasa lega dan syukur kerana orang yang pernah aku sayang dan orang yang aku kenal sekarang ni sedang dalam proses membina masjid mereka sendiri. Aku lega akhirnya mereka mempunyai hasil akhir yang baik. Walaupun perjalanan masih panjang, namun aku harap mereka dapat bertemu kebahagiaan sehingga ke akhirnya. Hingga hujung nyawa.

p/s:
Restu ibu dan ayah penting kan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat? Aku setuju.

No comments: