welcome

Sunday, December 30, 2012

life is alive

Assalammualaikum. Kehidupan. Satu perkataan yang menggambarkan pelbagai perkara, menceritakan pelbagai kisah dan menerangkan pelbagai maksud. Apa erti kehidupan yang sebenarnya?

Ramai yang tak tahu. Asal hidup bernyawa, itulah kehidupan. Agaknya kata mereka. Tapi bagi aku, kehidupan tu satu kisah hidup manusia selagi dia bernafaskan oksigen. Ringkas tapi kompleks kalau difikirkan semula. Sebab apa aku kata kompleks, sebab banyak sangat perkara yang diperlukan dalam kehidupan ini. Kalau tak berkehendakkan banyak perkara sekalipun, pasti akan bertemu dengan pelbagai kerenah orang-orang di sekeliling.

Aku rasa tak ramai yang mengikuti kisah aku. Tapi ramai yang pernah aku tahu kisah mereka. Dan aku lihat kisah mereka.

Hidup ini indah, tidak harus disia-siakan. Hidup ini sempurna, selagi berlandaskan syariatNya.


No comments: