welcome

Tuesday, October 30, 2012

kerana kau cinta pertamaku

semak!
semak aku dengan memori-memori yang memeritkan hati

rimas!
rimas aku dengan bayang kata-kata yang kadang-kala menerjah kotak pemikiran

sakit!
sakit bila orang tidak ikhlas berkawan
sakit bila orang tidak jujur berkawan
sakit bila orang yang tidak ikhlas dan tidak jujur tu adalah orang yang dikenali
tambah sakit bila kewujudannya seolah-olah pemerhati tidak memerhati

lantak!
lantak apa yang orang mahu kata
lantak apa orang mahu fikir apa

asalkan bukan aku yang menipu
asalkan bukan aku yang tidak jujur
asalkan bukan aku yang memfitnah

tapi balasannya
aku yang difitnah
aku yang dikata tidak jujur
aku yang dikata menipu

walhal
engkau sudah punya pengganti
aku masih sendiri

salah siapa sebenarnya?
aku atau engkau?
aku punya bukti, namun masih belum mencukupi
sedangkan engkau
satu per satu rahsia kau terbongkar
satu per satu penipuan kau terungkai

aku masih menunggu
masih menunggu kau berhadapan denganku
mengucapkan kata-kata yang kau sebarkan pada semua
kata-kata mendusta mereka mengenai aku

aku masih menunggu
untuk kebenaran dirungkaikan
untuk namaku dibersihkan semula

sudah ku kata
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU
sudah ku kata
sudah ku kata
sudah ku kata
sudah ku kata

moga pintu hati ini akan terbuka untuk memaafkanmu
kerana aku tak sanggup mengotori hati mengingatimu lagi

aku terkesan dengan fitnahmu
aku terkesan dengan nistamu
aku terkesan kerana kau cinta pertamaku dengan manusia spesies lelaki
aku terkesan yang amat sangat

sakit
pedih
perih
menusuk
kerana kau cinta pertamaku

p/s: Alhamdulillah. Aku dah dapat kerja. Walaupun keje sementara (6 bulan), tapi aku akan bagi jugak yang terbaik. Aku akan berusaha untuk sentiasa maju ke hadapan.

No comments: