welcome

Sunday, September 23, 2012

Untitled

As-salam. Telah agak lama diri ini menyepi. Eh, bukan menyepi! Tapi menyendiri. Mencari ketenangan, mencari butir kata untuk diisikan di sini. Namun, ruangan tajuk masih berjudul tiada judul. Biarkan.

Perjuangan harian masih belum terhenti. Selagi nyawa dikandung badan, selagi jantung masih berdegup, selagi oksigen dihirup dan karbon dioksida dilepaskan, selagi itu perjuangan belum terhenti. Bahkan andai segalanya terhenti sekalipun, perjuangan yang lebih hakiki masih diteruskan.

Bukan aku seorang sahaja yang berjuang. Ramai di kelilingku yang turut berjuang sama. Takku nafikan itu.

Ada sesuatu yang masih belum jelas. Ada sesuatu yang masih ku tunggu kebenarannya. Ada sesuatu yang ku nantikan. Ada sesuatu yang menggangguku.

Perjalanan menaiki keretapi dua hari lepas, masih segar dalam ingatan. Mana tidaknya, memori lalu kembali menerjah di dalam fikiran kerana suaranya. Selang satu dari tempat dudukku, ada seorang remaja lelaki kelihatannya sebaya ku bersama-sama rakannya. Bergelak ketawa. Aku biarkan walaupun suara mereka sebenarnya mengganggu ketenangan malam untukku melelapkan mata seketika.

Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, aku terdengar sesuatu. Suaranya! Persis sekali dengan suara lelaki yang pernah bertakhta di hatiku. Aku tidak pasti sama ada dia masih lagi bertakhta di dalam hati ini ataupun tidak, namun yang pasti aku tidak akan kembali kepadanya. Suara lelaki itu sama dengan suaranya. Aku menjadi tidak tenang untuk melelapkan mata. Sungguh, aku rasa terganggu.

Bahagian ini tidak aku masukkan di dalam Note FBku kerana rakan FBku salah seorangnya adalah kekasih kepada suaranya yang aku tidak mahu dengari lagi. Kalau bahagian ini tercatat semalam, maka aku akan menunjukkan bahawa aku masih mengingatinya. Aku tidak mahu itu.

Kerana tidak sanggup mendengar mereka berbicara lagi, kerana tidak sanggup mendengar suara itu, aku beredar ke tempat lain yang mana membolehkan aku bersendiri. Tenang. Melihat kepekatan malam.

No comments: