welcome

Monday, August 30, 2010

kisah cik nurni 1

pagi itu, cik nurni seperti biasa tak sedar bangun sahur. buka-buka mata sahaja dah pukul 6.45 pagi. nak sahur pe kejadahnya waktu itu! cik nurni redha andai itu ketentuannya. nasib baik la cik nurni sempat mengingat sepotong ayat berupa niat berpuasa selama sebulan. cik nurni baca kat satu blog tu yang tulis pasal niat puasa sehari dengan sebulan.

oleh kerana cik nurni ni pelupa orangnya, jadi cik nurni menghafal niat yang sebulan itu yang sememangnya cik nurni dah hafal sejak dulu. eh? tadi kata cik nurni ni pelupa??? ada unsur tidak kongruen di situ. kena confront dengan cik nurni ni. tak apa lah. nanti baru jumpa cik nurni untuk minta penjelasan semula.

berbalik kepada pagi tadi.

setelah cik nurni mendapati dirinya telah lewat bangun untuk ke kuliah pagi yang bermula seawal kera mula bukak mata iaitu pukul 8.00 pagi, cik nurni bingkas bangun untuk membasahkan badannya di bilik air.

setelah membasahkan badan, kena pulak keringkan. kadang-kadang cik nurni bertanya kepada kepala shower di bilik air. kenapa la lepas aku basahkan badan kena keringkan pulak? kalau dah tau nanti nak keringkan, enggak perlu la basahkan kan?

tapi, memang dasar bajingan si kepala shower. cik nurni bertanya memang haram tak pernah menjawab. dasar kepala shower memang begitu. kata cik nurni. untuk menyedapkan hati kata cik nurni.

sementelah badan dikeringkan, bergegas la cik nurni untuk bersiap-siap. baju yang diseterika malam sebelumnya, disarung ke badan. tangan cik nurni ligat meletakkan krim di muka. tapi jerawat banyak jugak. lepas itu, serbuk talkum disapu ke muka dengan perlahan tapi laju-laju. cubalah bayangkan bagaimana. tapi, tak cerah-cerah jugak. memang nasib kulit cik nurni.

cik nurni pakai sarung kepala. kalau ikut tadika, jika dah lambat boleh aja free hair. tapi sekarang bukan zaman tadika. bentak hati cik nurni, kenapa aku tak boleh belajar je kat tadika tu sampai tua??? kenapa? kenapa?

lepas ternampak kedutan di dahi pada cermin, barulah cik nurni sedar yang cik nurni sudah benar-benar terlewat. mampos la cik nurni kali ni. cik nurni mencapai beg, menyarung kasut. sepantas kilat membuka pintu dan menyarung kasut.

lalu, terjun ke tingkat bawah.

ramai yang berkerumun. cik nurni hanya mampu melihat mata-mata yang memandangnya.
cik nurni mendengar perkataan-perkataan seperti bangun, bangun. dah lewat dah ni. bangun subuh.

oh, cik nurni bermimpi rupanya. tapi memang betul la cik nurni lewat bangun dan tak sempat sahur.

malam itu, waktu nak masuk reban(port nak tidur), kepala cik nurni terlanggar sesuatu. gedegang...

aduh, sakitnya. kepala cik nurni terlanggar kepala katil. kali ni betul-betul sakit.
mak, sakit.

nantikan lagi kisah cik nurni.

2 comments:

si biskut said...

ouch..nie yg dikatakan mimpi ngeri nie..baru tau.hehe

iluvcolours said...

cian kat cik nurni