welcome

Tuesday, August 31, 2010

kisah cik nurni 2

hari-hari cik nurni penuh dengan warna-warni. maklumlah, cik nurni memang suka warna-warni. kalau pembalut hadiah tu warna plain, cik nurni pilih reben warna-warni. kalau pembalut hadiah tu warna-warni, cik nurni tambah lagi reben warna plain. takkan nak warna-warni gak? pelik la nanti.

eh, bagi tips membalut hadiah pula. tapi tak apa. berkongsi ilmu memang kegemaran cik nurni. apatah lagi ilmu yang berfaedah. cik nurni memang suka. suka sangat.

berbalik kepada topik sebenar.

malam ini malam merdeka. cik nurni ingat tapi lupa. mana tidaknya. asyik sibuk memanjang. nak hantar assignment. nak buat itu. nak buat ini. yang paling penting, cik nurni perlu top up tidur cik nurni yang lepas-lepas. mesti ramai yang pelik kenapa perlu top up tidur kan?

kalau dah namanya student, top up tidur selalu berlaku. sama juga keadaannya dengan cik nurni. mungkin cara cik nurni yang berbeza dengan orang lain. biasalah, bila mata makin meliar, telinga makin melebar, pengalaman makin meluas.

hati sendiri mesti dijaga. tidur sendiri perlu dikira.

cik nurni kata nak pegi library. padahal cik nurni balik hostel tidur.
bijak bukan?

cik nurni kata nak buat esaimen. padahal cik nurni buat esaimen dalam mimpi.
pintar bukan?

back to the topic.

cik nurni baru balik dari perjumpaan.
ada program amal esok hari. jadi, kena buat persiapan akhir.

lepas perjumpaan, ada rehearsal untuk pertubuhan yang bakal cik nurni lawati ni.

rehearsal apa? tak perlu tahu.

balik dari rehearsal, cik nurni masih ada tugas untuk diselesaikan.
perlu buat backdrop maya untuk program esok.
walhal, cik nurni bukanlah pakar dalam hal ini.
sekadar buat yang termampu.

ok, dah nak masuk topik yang sebenar.
terima kasih kerana bersabar.

cik nurni pulang ke bilik sekitar jam 1.00 pagi. 1.00 pagi adalah perkara biasa bagi student seperti cik nurni. malam baru bermulalah katakan. walaupun suasana hostel dah sunyi, tapi cik nurni gagah melangkah, mendaki 66 anak tangga untuk ke bilik cik nurni. penat. memang penat. tambah pulak kalau waktu petang terik, lepas habis kuliah. memang memenatkan.

tapi, cik nurni tak terasa penatnya tadi. kenapa? cik nurni tak tahu. jalan.
eh, cerah pulak kat depan bilik air ni. cik nurni hairan kerana selama ni, lampu di hadapan bilik air tu terbakar. so, agak malap di kawasan tersebut.

mungkin dah tukar mentol kot. kata cik nurni menyedapkan hati sendiri. tiba-tiba, nampak pergerakan di sebalik penyidai pakaian. gelap. tak nampak muka. rambut panjang.
dup dap dup dap dup dap.

cis, minachi rupanya.

cik nurni meneruskan langkah, bilik cik nurni yang paling hujung. langkah semakin perlahan.
tapi cik nurni rasa pelik. kenapa kasut di luar bilik cik nurni tak ada walau sebelah pun?
mungkin roomate cik nurni simpan kat dalam kot. tapi takkan la sebab banyak jugak kalau nak simpan kat dalam.

cik nurni hairan, nampak muka jiran-jiran yang tak pernah tengok.

berdiri di depan pintu bilik. sekarang. mata membulat. hati rasa nak gelak kuat-kuat.
nombor bilik tertera.
304

patutlah. bilik cik nurni kat tingkat atas lagi.
404

haha... cik nurni pun naik la lagi satu tingkat.
masuk bilik.
on laptop.
log in blog.
terus update.
haha






No comments: