welcome

Tuesday, March 23, 2010

ini cerita pasal >>>>>>>ED

salam..

hmmmm...ari tu grup wanii present pasal satu tajuk ni.
tajuknya TERAPI DISFUNGSI SEKSUAL....
gempak x????
hehe

ni utk kelas MODIFIKASI TINGKAH LAKU....
grup wanii grup 10...

kami 5 orang
wanii, nadiah, yanie, jue dan lin

topik kupasan kami adalah mengenai MATI PUCUK, EJAKULASI PRAMATANG, HYPOACTIVE SEXUAL DESIRE DISORDER, ERECTILE DYSFUNCTION dan FEMALE SEXUAL DYSFUNCTION.

erm....menarik bukan????

well, at first, rasa segan gak bila dapat tajuk ni sebab presentation dalam kuliah sem 4 n sem 6.
dgn senior mana x segan..kami nak wat yang terbaik...
ni introduction kami..
last minute punye plan..
haha
xpro lagi
video 5 minit siap dlm 4 jam
huhu
terer kan????hik5



ok...tu intronya...
agak2 paham x?
mule2 suspense, tp yg klimaks ye adalah iklan tu sebenarnya...
suspense tu salah 1 cara nak bg audience diam, fokus, n suspense la...hehe
(huhu..klu x dpt bukak video tu, naseb la..haha)

then, mula la pengupasan isu kami 1 persatu

wanii nak citer topik wanii je

ERECTILE DYSFUNCTION (ED)
ataupun disfungsi ereksi

APAKAH ED?

Morley (1986), Linet & Ogrin (1996), Aytac et al. (2000) :
keTIDAKUPAYAan yang berULANG-ULANG dalam mencapai dan mengekalkan PENILE ERECTION yang OPTIMUM yang memungkinkan kepuasan perhubungan seksual.

Morgentaler (1999) :
Salah satu kecelaruan perubatan kronik yang biasa terjadi kepada lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Low Wah Yun, Siti Norazah Zulkifli, Wong Yut Lin & Tan Hui Meng (2004) :
Menyebabkan tekanan dari segi mental yang mempengaruhi perhubungan atau interaksi dengan keluarga dan rakan.


KELAZIMAN ED
Awal 1945
ED adalah berkadar langsung dengan usia

27% : 70 tahun
55% : 75 tahun
75% : 80 tahun


Mettelbladt & Udenberg (1979) :
Sweden : 7% daripada 58 lelaki yang sudah berkahwin yang dipilih secara rawak berumur 25-55 tahun mempunyai ED.

National Hospital Discharge Survey(1985):
30 000 kemasukan ke hospital adalah kerana ED.


1999 :
Malaysia : >40% (40-45 tahun)
>100 juta lelaki di seluruh dunia ada ED dan dianggarkan 1 juta daripadanya adalah lelaki Malaysia.

PUNCA-PUNCA ED
1.Usia
Kajian : Kadar pesakit ED bertambah daripada 38% bagi kumpulan lebih muda dan hampir 70% bagi kumpulan yang lebih tua.

Lelaki berusia adalah 3 kali lebih berpotensi untuk berhadapan dengan risiko menghadapi keseluruhan ED.


2.Rokok
Kajian mendapati berhenti merokok pada pertengahan usia tidak membantu dalam mengurangkan risiko ED.

(Feldman et al., 1994)


Merokok meningkatkan kebarangkalian ED sebanyak 2 kali.
Merokok menyebabkan kebocoran pada vasoconstriction dan penile venous kerana ia boleh memberi kesan pengecutan ke atas kelancaran otot cavernous.

(Juenemann et al., 1987)


3.Penggunaan alkohol secara berlebihan
Lebih 600 ml/minggu boleh menyebabkan ED atau mengurangkan keinginan seksual.
Alkohol menekan sistem saraf utama yang akan menyebabkan pengurangan dalam sexual performance.
17%-29% daripada pemabuk tegar mengalami ED.

(Massachusetts Male Aging Study, 1994)


Dalam kuantiti yang sedikit, YA, alkohol dapat meningkatkan ereksi dan meningkatkan libido.

TETAPI

Dalam amaun yang banyak, alkohol menyebabkan central sedation, mengurangkan libido dan menyebabkan ED sementara.

(Miller & Gold, 1988)


4.Kesan sampingan ubat-ubatan
25% kes berkaitan ED – berhubung dengan kesan sampingan ubat-ubatan.
Ubatan yang digunakan dalam merawat tekanan darah tinggi, depresi dan lain-lain kecelaruan psikiatri seringkali dikaitkan dengan ED.

Ubat antihypertensive mungkin menyebabkan ED samada kesan spesifik dadahnya atau pengurangan tekanan systolic – mengurangkan tekanan intracavernosal penile.
Sesetengah ubatan beri kesan ke atas libido.
Sesetengah pula mempengaruhi fungsi ereksi atau ejakulasi.

5.Penyakit-penyakit kronik
Tekanan darah tinggi
45% lelaki yang mengalami ED menghidapi tekanan darah tinggi.
Kajian mendapati 15% pesakit yang guna ubat-ubatan tekanan darah tinggi mempunyai ED dalam setahun.

(Grim, Gradmits, Schoebbgerger et al.,1997)


Diabetes Mellitus
Kebarangkalian berlaku ED dilaporkan lebih tinggi terjadi kepada lelaki yang ada diabetes (23%-75%) berbanding lelaki yang tiada diabetes.

(Marumo & Murai, 1999)

50% lelaki yang menghidapi diabetes kronik ada ED.

(Saenz de Tejada et al., 1989)


Serangan jantung
ED berlaku dalam kalangan lelaki berusia 60 tahun ke atas menunjukkan korelasi yang signifikan dengan sejarah serangan jantung (59%) berlaku pada lelaki yang pernah diserang jantung berbanding 35% berlaku kepada lelaki yang tiada penyakit serangan jantung.

(Diokno et al., 1990)


6.Obesiti
Lelaki yang berlebihan berat badan turut berisiko mengalami ED tak kiralah samada semasa tempoh susulan, mereka dapat mengurangkan berat badan.
Obesiti berhubungkait dengan profil lipd yang lebih baik, tekanan darah tinggi dan diabetes.

(Van Itallic, 1985)

4 comments:

iluvcolours said...

video kat fb ye

Anonymous said...

hehe.. thanks coz terasa famous lak bler de terselit gmbr i dlm tu hehe

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
炒米粉Ken said...
This comment has been removed by a blog administrator.