welcome

Sunday, December 30, 2012

life is alive

Assalammualaikum. Kehidupan. Satu perkataan yang menggambarkan pelbagai perkara, menceritakan pelbagai kisah dan menerangkan pelbagai maksud. Apa erti kehidupan yang sebenarnya?

Ramai yang tak tahu. Asal hidup bernyawa, itulah kehidupan. Agaknya kata mereka. Tapi bagi aku, kehidupan tu satu kisah hidup manusia selagi dia bernafaskan oksigen. Ringkas tapi kompleks kalau difikirkan semula. Sebab apa aku kata kompleks, sebab banyak sangat perkara yang diperlukan dalam kehidupan ini. Kalau tak berkehendakkan banyak perkara sekalipun, pasti akan bertemu dengan pelbagai kerenah orang-orang di sekeliling.

Aku rasa tak ramai yang mengikuti kisah aku. Tapi ramai yang pernah aku tahu kisah mereka. Dan aku lihat kisah mereka.

Hidup ini indah, tidak harus disia-siakan. Hidup ini sempurna, selagi berlandaskan syariatNya.


Friday, December 07, 2012

Mahkamah Kehidupan

Assalammualaikum.

Akhirnya, kebenaran yang aku cari selama ni muncul jua. Sungguh. Sudah enam bulan aku mencari dan menunggu jawapan kebenaran. ENAM BULAN BUKAN TEMPOH YANG SEKEJAP.

Aku dah dapat buktikan yang aku tak bersalah. Chewahhh. Macam aku ni masuk court je kan. Haha.
Tapi boleh la anggap macam tu. Masuk mahkamah kehidupan duniawi.

Mana tidaknya, dituduh melakukan sesuatu yang aku tidak pernah lakukan dan difitnah begitu dan begini. Aku sedar aku bukan manusia yang sempurna namun aku ikhlas bila aku katakan perasaan aku dan komitmen aku. Bila aku sayang, aku sebolehnya beri sepenuh komitmen dan sayang aku dalam perhubungan sesama insan. Mungkin apa yang dah jadi pada hubungan aku adalah untuk lebih mematangkan aku, memberi pengalaman perit pada aku dan juga membuka ruang untuk aku lebih mengenali orang-orang di sekelilingku dengan lebih dekat.

Eh, tahu tak dalam sesebuah hubungan ada tiga komponen iaitu Intimacy, Passion dan Commitment. Aku cuba penuhi dua daripadanya iaitu intimacy dan commitment kerana aku nak pasangan aku betul-betul tahu aku dah pilih dia. Komponen passion selalunya lebih bermakna bila pasangan telah berkahwin. Faham kan kenapa? Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. komitmen dan rasa intimacy yang aku berikan dibalas dengan tuba. Ok fullstop. Aku tak mahu lagi mengungkit hal itu. Cukuplah sekadar aku katakan aku dah dapat melepaskan diri aku dari fitnah.

Puas sangat. Bila enam bulan hidup dalam penantian kerana menanti sebuah kejujuran dan kebenaran, akhirnya nama aku dibersihkan. Alhamdulillah. Buat pertama kalinya, aku tidur lena semalam. Tanpa memikirkan hal yang tidak jelas. Ak bersyukur Tuhan telah makbulkan doa aku.

Aku ambil langkah drastik bila aku cuba cari kebenaran sendiri. Aku mesej beberapa kawan yang tak pernah aku mesej sebelum ni kerana berlainan gender (dan juga kerana tidak rapat sangat, aku kan pemalu. Hahahaha). Aku tanyakan mengenai hal ini dan itu. Sehinggalah membawa kepada satu nama. Namun, nama itu rupanya fitnah juga. Ok fullstop.

Sambung lagi.

Tepat jam 0000. Aku dapat satu panggilan. Terkejut aku mendengar suaranya. Namun, aku tanyakan juga siapa kerana aku takut tersilap orang. Aku terkedu mendengar suaranya. Ya, aku memang begini. Bila dia bercakap dengan aku, aku akan secara automatiknya MATI KATA. Kelakar bukan? Hahahaha. Mati kata bukan bermaksud aku tak bercakap langsung. Aku masih bercakap dalam kadar yang sedikit dan kurang bermakna. Aku kata kurang bermakna kerana kata-kata yang aku simpan rapi dalam kotak pemikiran tiba-tiba hilang tatkala mendengar suaranya. Senang cerita, apa yang aku nak sampaikan menjadi berbeza bila aku dengar suaranya. Nak cakap perkara lain, tapi cakap benda lain.

Dulu pun selalu begitu. Akibatnya, aku yang kena marah kerana selalu berdiam bila dia menelefon. Bukan aku tak nak cakap, tapi aku jadi terkedu. Faham tak. Harap-harap faham la.

Panggilan itu telah dia manfaatkan sebaiknya. Kata maaf darinya, kata nasihat darinya, kata... Aku tak dapat nak rungkai satu persatu tapi kenapa aku tak boleh panggil dia "kau"? Sedangkan dengan kawan-kawan lelaki yang lain, aku panggil "kau". Dia kata kalau aku anggap dia kawan, mesej la dia bila-bila pun. Tapi aku rasa dah tak perlu mesej rasanya sebab dulu dia tak mesej pun walau aku kata aku masih boleh berkawan dengan dia. Untuk apa buat sesuatu andai orang lain tak ikhlas melakukannya untuk kita kan.

Walau hati aku nak mesej dia sebagai kawan, namun aku tak dapat lakukan demikian. Maaf. Kata akhir aku untuknya adalah jangan pendam apa-apa seorang diri dan jangan mengelak dari masalah. Hadapi masalah dan terus-terang pada orang yang signifikan kerana kejujuran dalam sesebuah perhubungan adalah penting. Jangan simpan semuanya seorang diri. Itu hanya akan lebih melukakan hati orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita.

Aku mahu menulis lagi tapi nanti dah tak ada modal untuk entry lain kan. Hahaha..alasan je. Aku dah mengantuk sebenarnya. Selamat malam. Assalammualaikum.

Saturday, December 01, 2012

Hasil Akhir = Keputusan

Akhirnya. Sesuatu terjadi. Keputusan telah dibuat. Berdasarkan perancangan yang telah dirancang dalam minda. Atas gerakan perasaan dan naluri manusia. Setelah meminta pertolongan dan petunjuk dari Ilahi.

Kadang-kadang terbit rasa cemburu. Adakalanya, rasa iri hati. Oh, cemburu dan iri hati tak sama ye.
Jahatkah aku kalau aku terlintas untuk mengharapkan pengakhiran yang negatif? Mestilah jahat kan. Aku cepat-cepat positifkan balik pemikiran aku. Dua insan yang bercinta setentunya mengharapkan pengakhiran yang baik. Bukan sahaja untuk duniawi, tetapi juga di syurga nanti.

Ah, hati ini sakit la. Tapi tak la sakit sangat. Entah. Pelbagai perasaan yang dirasa sekarang ini. Sakit. Lega. Cemburu. Iri hati. Redha. Pasrah.

Dia kata si dia gentleman. Kenapa si dia tak berbuat perkara yang sama dulu? Sebaliknya menyalahkan pihak yang lain tidak sukakan padanya. Aku yang nampak si dia. Aku yang lebih tau detik itu. Lagipun, esok harinya, aku keluar dengan si dia. Itu pun masih dikata tidak suka padanya. Hai manusia kan.

Adakah aku pasrah? Atau aku redha? Aku pun tak pasti. Namun jauh di sudut hati ini masih terkilan. Tapi ada rasa lega dan syukur kerana orang yang pernah aku sayang dan orang yang aku kenal sekarang ni sedang dalam proses membina masjid mereka sendiri. Aku lega akhirnya mereka mempunyai hasil akhir yang baik. Walaupun perjalanan masih panjang, namun aku harap mereka dapat bertemu kebahagiaan sehingga ke akhirnya. Hingga hujung nyawa.

p/s:
Restu ibu dan ayah penting kan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat? Aku setuju.

Friday, November 30, 2012

separuh aku

lama juga tidak menulis di sini
rindu untuk menulis
bukan sengaja meninggalkan terlalu lama
namun tiada perkataan yang dapat ditaip
penat dan letih untuk menulis mungkin

separuh aku..
masih ingat..
separuh aku dah tawar hati..tapi masih mengambil berat..

separuh aku..
masih terluka..
separuh aku masih sakit..namun..ku redhakan kesakitan ini..


p/s: genap sebulan aku bekerja
seronok juga
makin hari terasa makin muda
mana tidaknya bergaul dengan orang yang lebih muda dariku

bila bersembang pun dah semacam muda remaja kembali
bergosip itu ini
bergelak sambil cover2
kelakar juga bila fikir semula

genap sebulan kan
macam-macam cerita yang dikongsikan
macam-macam cerita yang timbul
macam-macam rasa yang muncul
macam-macam juga kerenah yang wujud

haha

tak sangka ada pegawai yang ingat nama penuh aku
sedangkan tidak pernah bersua muka
oh, pegawai perempuan okayyy..
tiba-tiba datang bersembang dengan ketua kumpulan aku
dan tiba-tiba juga kata "ni hazwani kan?"

aku terkezut gak..hahaha

macam mana tau nama saya?
-ada la..tak perlu diceritakan..

eh, saya ada buat salah ke?
-tak ada la..hehe..

mana la aku x curious..macam mana dia tau nama aku?

aku tak puas hati..bila pegawai tu blah, aku tanya pada ketua kumpulan..

ermm..macam mana dia tau nama saya?
-oh, ri tu dia tanya sape ahli group..saya cakap la gaik li, hazwani..

dalam hati aku..wow..dahsyat gak pegawai ni..punya la lama, dia boleh ingat nama aku..

budak-budak keje cakap mungkin pegawai tu ingat aku ni saingan dia kot..ye la, obvious gila dia suka kat ketua group aku..asyik dtg bersembang..padahal waktu keje..bergelak kuat2..cakap pulak ber "I", "U"...euwww..geli aku..

haha..mcm2 lagi la cerita..kelakar pun ada..mcm2 kerenah manusia ni..termasuklah dr seorang kawan y mesej aku td..menceritakan hal seseorang..meminta bantuan aku..

aku xtau cerita yang mana betul sekarang ni..aku dengar dua versi..harap2 nti bila berjumpa, dpt la tau cerita yang sebenarnya..

Tuesday, October 30, 2012

kerana kau cinta pertamaku

semak!
semak aku dengan memori-memori yang memeritkan hati

rimas!
rimas aku dengan bayang kata-kata yang kadang-kala menerjah kotak pemikiran

sakit!
sakit bila orang tidak ikhlas berkawan
sakit bila orang tidak jujur berkawan
sakit bila orang yang tidak ikhlas dan tidak jujur tu adalah orang yang dikenali
tambah sakit bila kewujudannya seolah-olah pemerhati tidak memerhati

lantak!
lantak apa yang orang mahu kata
lantak apa orang mahu fikir apa

asalkan bukan aku yang menipu
asalkan bukan aku yang tidak jujur
asalkan bukan aku yang memfitnah

tapi balasannya
aku yang difitnah
aku yang dikata tidak jujur
aku yang dikata menipu

walhal
engkau sudah punya pengganti
aku masih sendiri

salah siapa sebenarnya?
aku atau engkau?
aku punya bukti, namun masih belum mencukupi
sedangkan engkau
satu per satu rahsia kau terbongkar
satu per satu penipuan kau terungkai

aku masih menunggu
masih menunggu kau berhadapan denganku
mengucapkan kata-kata yang kau sebarkan pada semua
kata-kata mendusta mereka mengenai aku

aku masih menunggu
untuk kebenaran dirungkaikan
untuk namaku dibersihkan semula

sudah ku kata
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU
sudah ku kata
sudah ku kata
sudah ku kata
sudah ku kata

moga pintu hati ini akan terbuka untuk memaafkanmu
kerana aku tak sanggup mengotori hati mengingatimu lagi

aku terkesan dengan fitnahmu
aku terkesan dengan nistamu
aku terkesan kerana kau cinta pertamaku dengan manusia spesies lelaki
aku terkesan yang amat sangat

sakit
pedih
perih
menusuk
kerana kau cinta pertamaku

p/s: Alhamdulillah. Aku dah dapat kerja. Walaupun keje sementara (6 bulan), tapi aku akan bagi jugak yang terbaik. Aku akan berusaha untuk sentiasa maju ke hadapan.

Sunday, September 23, 2012

Untitled

As-salam. Telah agak lama diri ini menyepi. Eh, bukan menyepi! Tapi menyendiri. Mencari ketenangan, mencari butir kata untuk diisikan di sini. Namun, ruangan tajuk masih berjudul tiada judul. Biarkan.

Perjuangan harian masih belum terhenti. Selagi nyawa dikandung badan, selagi jantung masih berdegup, selagi oksigen dihirup dan karbon dioksida dilepaskan, selagi itu perjuangan belum terhenti. Bahkan andai segalanya terhenti sekalipun, perjuangan yang lebih hakiki masih diteruskan.

Bukan aku seorang sahaja yang berjuang. Ramai di kelilingku yang turut berjuang sama. Takku nafikan itu.

Ada sesuatu yang masih belum jelas. Ada sesuatu yang masih ku tunggu kebenarannya. Ada sesuatu yang ku nantikan. Ada sesuatu yang menggangguku.

Perjalanan menaiki keretapi dua hari lepas, masih segar dalam ingatan. Mana tidaknya, memori lalu kembali menerjah di dalam fikiran kerana suaranya. Selang satu dari tempat dudukku, ada seorang remaja lelaki kelihatannya sebaya ku bersama-sama rakannya. Bergelak ketawa. Aku biarkan walaupun suara mereka sebenarnya mengganggu ketenangan malam untukku melelapkan mata seketika.

Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, aku terdengar sesuatu. Suaranya! Persis sekali dengan suara lelaki yang pernah bertakhta di hatiku. Aku tidak pasti sama ada dia masih lagi bertakhta di dalam hati ini ataupun tidak, namun yang pasti aku tidak akan kembali kepadanya. Suara lelaki itu sama dengan suaranya. Aku menjadi tidak tenang untuk melelapkan mata. Sungguh, aku rasa terganggu.

Bahagian ini tidak aku masukkan di dalam Note FBku kerana rakan FBku salah seorangnya adalah kekasih kepada suaranya yang aku tidak mahu dengari lagi. Kalau bahagian ini tercatat semalam, maka aku akan menunjukkan bahawa aku masih mengingatinya. Aku tidak mahu itu.

Kerana tidak sanggup mendengar mereka berbicara lagi, kerana tidak sanggup mendengar suara itu, aku beredar ke tempat lain yang mana membolehkan aku bersendiri. Tenang. Melihat kepekatan malam.

Saturday, June 16, 2012

perit ak rasakan..ku lepaskan jua..


aku sedar aku perlu lepaskan rasa benci dlm diri ni..aku x nak benci kau lg..aku dh msg ngan dia..aku rasa lega sikit..aku dh msg kau..aku rasa lega lg..tp aku takut hati aku berbelah bagi sebab aku dh tau kebenarannya sekarang..tapi aku takut family aku x dpt terima kau lg sebab kau dh buat aku mcm 2..aku dah puas yakinkan kau mengenai hubungan kita, tapi atas rasa rendah diri kau dan rasa ragu kau, kau buat keputusan sendiri utk lepaskan aku dan kau pilih dia..
Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang
Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang

Friday, April 20, 2012

apa yang ditunggu..

apa yang ku tunggu
apa yang ditunggu
apa yang kau tunggu

sebenarnya, sangat banyak perkara yang berlegar-legar di dalam kepala otakku ini..
penat..penat memikirkan satu per satu hal yang datang satu per satu dan adakalanya datang serentak..
kecewa..kecewa kerana gagal melaraskan semua perkara dengan sistematik..
penat..penat bila kecewa berulang kali..
kecewa..kesudahannya kecewa menjengah lagi..

apa yang ku tunggu

ku tunggu hadirnya masa untuk aku bebas dari belenggu masalah
tapi mustahil manusia tidak punya satu pun masalah
manusia yang bernyawa mahupun tidak
pasti punya masalah

apa yang ditunggu

ku tunggu diriku bebas dari belenggu masalah
ah, satu-satu masalah timbul
sudahnya aku terpaksa tempuh juga
walau beribu batu ku lari, pasti bertembung juga dengan masalah..

apa yang kau tunggu

aku pun tak tahu apa yang kau tunggu
oh, mungkin tunggu bila agaknya hujan akan berhenti
oh, mungkin tunggu bila agaknya perut akan diisi
oh, mungkin juga menunggu bila agaknya hati akan dikunci
oh, mungkin tunggu bila agaknya aku habis menaip

ya, aku sudah berhenti menaip
tapi masih belum berhenti menunggu, ditunggu dan tertunggu

Saturday, April 14, 2012

puas

hurmm..puas gak jalan2 td..blogwalking je pon..hehe mcm2 cerita, mcm2 ragam, mcm2 gmbr..sgt suka gmbr2 alam semula jadi ni..nature..bila mau masuk hutan lg?rindu la..

pg td ak jaga exam..paper Engineering Mathematics II..students Dip in Telecommunication with Multimedia..student ad 45 orang..pompuan dlm 8 je out of 45..sikit bukan..tgk course la..engineering..dgr nama paper, ak ingat susah la paper tu..bukak2 soalan, sebijik cm maths waktu matrikulasi dulu..

tibe2 jd rindu pada sains fizikal di KMPP..waaaa..nape ak amek Kaunseling??? xde2, sebab ak minat Kaunseling..sbb tu ak amek..ri tu ak dh decide betul2 ak dh x sanggup nengok integral, differentiation, force, momentum, kenyal la, x kenyal la..CUKUP..

sekarang ak berdepan dengan genuineness, empathy, unconditional positive regards..human beings..so unique..x caye?? tgk dlm famili korg..tgk satu2..means sorang2..perangai ad yg nak sama tp x serupa kan? ad yg totally different from each others..itu satu..

next, tgk awek/pakwe korang...dh lme kenal?ap korang tau?ap korang paham?ap korg nampak?ap korang harap?.....

eh, ak nak citer ap sebenarnya ni..tibe2 mcm2 pulak yg nak dituliskan..hahaha..

xpe2, ak fokus tang keunikan manusia tu ek..ak bce 1 blog ni..awek dia punya blog..ak knal melalui pakwe dia punya blog..(agak2 fhm kan?..wat2 fhm2 je la..)

byk kisah dorg dari xkenal---->bru kenal---->couple---->gaduh---->baik balik---->gaduh2---->baik balik and so on..sme mcm blog pakwe dia..citer benda yg sme namun dr perspektif yg berbeza..apa yg pompuan nampak ni lain dr apa yg lelaki nmpk..mata x sme..

ak pon nak citer pasal pakwe ak gak..(agak2 dia bce x blog ni..hu3..hai syg.. =P)

based on theory of counselling yg ak dh belajar dan masih belajar, ak try apply masukkan dlm perhubungan kitorang..ak suka pak cik Rogers..<-----yg wat teori ni..

kata pak cik Rogers tu, manusia ni sebenarnya baik dan boleh dipercayai..ad potensi untuk menjadi lebih baik..sme la..ak x tgk org botak tu penjahat..ak x tgk pompuan cantik tu gedik (opsss..word chosen is randomly picked)..

so, ak kenal2 dulu..(proses prasesi dan membina hubungan)..hu3..then, penstrukturan..(proses2 ni ak wat ikut yg sesuai dgn situasi ak)..dlm penstrukturan, ak dh mention ap ak nak, dia pon gtau ap dia nak..bila masing2 dh setuju, bru boleh proceed next stage..tp selalunya, peringkat ni akan mengalami pertambahan isi dr masa ke semasa..mengikut keperluan hubungan masing2..dh mcm ap ntah ak taip ni kan.. hu3

lepas tu bermulalah peringkat penerokaan..mengenal hati budi dengan lebih rapat..tau ap yg dia suka, ap yg dia x suka, apa yg dia sederhana suka, apa yg dia paling suka..pada peringkat ni, kepercayaan yg wujud makin mendalam dan hubungan makin erat..sehari x mesej dh rindu, sehari x kol, dh jd sasau..hahaha..disebabkan individu yg ak percaya dan selesa ad ngan ak, ak stick dengan sorg je..xde yg lain..ermm..rasanya memang satu je la..confirm, syg je yg satu dlm hati sy.. =)

dlm meneroka hubungan tu, ad la konflik2 yg bakal timbul/wujud..so, proses mengenal pasti masalah dan bina alternatif akan sentiasa silih berganti..dlm proses2 ini, ak bersikap jujur, tulen, terima tnp syarat dan juga empati..kdg2 ak akan ter'tunjuk' tingkah laku maladaptive ak seperti merajuk, marah, tersinggung, cemburu, merajuk, merajuk, merajuk, dan merajuk..eh, byknye merajuk?? (sy sedar sy selalu merajuk syg..hu3)

dlm peringkat ni pasangan kne berinteraksi antara satu sama lain..x boleh la trus menyepi kan..nti lama2 dh xde la manis dlm hubungan..ye, tau la gaduh selalu2 pun akan jd pahit..tp klu gaduh sekali-sekala xkan nk trus mintak clash kan..mne ada istilah cinta suci yg xde gaduh2 ni..

n last stage adalah penamatan..tp ini x bermaksud hubungan tu terhenti atau hubungan tu berakhir utk ke alam perkahwinan..tp penamatan utk sesi kaunseling dlm hubungan..hahaha..means, after kita dan pasangan dah baik, dh serasi, dh sehati, dh sejiwa dan mcm2 dh lagi la, kita dh tau mcm mana nak handle masalah klu wujud dan mcm mana nak kekalkan hubungan agar sentiasa manis kita x perlu lg nk fikir hal2 yg x perlu..

hal2 yg x perlu ni la yg akan membinasakan hubungan..sape kata kaunselor xde masalah dlm hubungan? kaunselor pun manusia biasa jugak..cuma langkah n pendekatan yg digunakan mungkin berbeza sikit la klu nk dibandingkan dengan org lain..syg, i'm not perfect, but please stay wif me.. luv u syg..

panjangnya entri ak kali ni..ermm..dh..sumer ak dh ckp pasal hubungan ni.. jumpa lg..puas dh update blog..

Wednesday, April 04, 2012

maaf, telah lama ku tinggalkan dikau

assalammualaikum..rindunye kat blog ak ni..lame ak x menjengah kan..dh bersawang, berhabuk..mcm x up to date dh cam blog2 lain skrg ni..cmne la nk jd femes cm liyana kan klu gni..hahaha..(pasan betol!)
bukan ak xnk blogging, tp x dan la..lgpon, agak busy (bukan sme ngan x dan ke??hehehe..)
BUSY
sebab skrg ni ak praktikal..katne?? kat Multimedia College Northern..selama 4 bulan start 1st feb ri tu..smpi 31st may..plus kne wat thesis..waaaaaa...nak nanges..thesis x byk progress pon..abes la ak kne kutuk ngan lecturer nti..hu3..
MERAJUK
sebab ri tu ad org kata ak ni kan gadis pemalu (nama blog ak dulu la..sebab ak ske lagu gadis pemalu tu-grey sky morning)..tp ak citer hal2 dlman wanita dlm blog ak lak..cm x kongruen sket ngan konsep kendiri blog ak tu..(dh cm teori pak cik rogers lak..) so, nak samakan balik konsep kendiri blog ak ni ngan real self ak, kne la cm ayu2 sket, malu2 sket kan..post pon benda baik2 je..hahah..xde la..ermm..ak boleh blogging, tp jg penulisan la dia kata..since tu, ak dh x post ape2 entri, melainkan benda normal2 je..plus gmbr2 je..
EXCITED
coz ak dpt interview ri sabtu ni..best2..ak isi tmcareer.com ri tu..ngan kwn praktikal ak la..ak isi je..alamak, lupa nk jot down sumthing..ak tuleh sat na..............................ok dah..HR MMU call last friday, n nama ak dlm short-listed candidate utk post student counselor...waaa..nervous kot..salah seorg drpd 10 orang yg disenarai pendek..
1st time dpt interview keje(yg betol2 la utk keje serius ak nti kan..)..ak cuak la coz job application form yg diemelkan fully english...jap, mungkin ak kejutan budaya kot..ye la, 1st time dpt interview keje..so, rasa sume benda susah n sume yg ak wat serba x kne..
bru isi job form dh terbelit lidah ak, blum interview lg..ermm..wish me good luck ek.. =)
jom la ramai2 memeriahkan job fair TM 6-8 april ni..




so, bwk la resume n fotostat dokumen berkaitan byk2 ek..n dress formally..ad walk-in interviews..mane la tau, rezeki korg kat situ kan...hehe..sama2 kita berusaha ek..

p/s: ak nak jmpe sum1 special in my life..nti kita jumpa ek syg.. =)

Sunday, October 02, 2011

praktikum

salam 1 Malaysia
sekarang sy sedang menjalani praktikum di tempat saya belajar
wah, praktikum..mesti best kan!

memang la best klu ramai klien yg bersusun-susun-susun-susun datang utk sesi kaunseling
tp haha..xde pon!

mungkin publisiti kurang
we will keep it up

nak ke korang dtg sesi secara sukarela tanpa dipaksa?
ermm..

mungkin susah kan..korang kne pikir banyak kali dulu..
sedangkan best frens ada wat pe nak citer kat kaunselor kan?
sedangkan mak ayah ada wat pe nak citer kat org yang kita x kenal kan?

actually, jumpa ngan kaunselor ni LEBIH MEMBANTU korang menjadi AUTONOMOUS INDIVIDUAL
hah, best kan bunyinya..
ye la, kita bukannya nak jd org yang depends kpd org lain utk bantu kita
kita nak jd org yang berdiri atas kaki sendiri

tau..

dengan berjumpa kaunselor, kita dpt berdiri atas kaki sendiri
kaunselor cuma guide je
klien jugak yang wat keputusan dan laksanakan langkah utk capai apa yang diputuskan td

klu ada yang terpesong dr sasaran, kaunselor akan luruskan balik..
guna kemahiran micro yang dipelajari
n etika2 yang wajib dihayati

etika kerahsiaan penting
but kerahsiaan terbatas andai melibatkan nyawa klien atau orang2 yang signifikan dengannya

jgn risau, rahsia anda kami jaga baik2..
 silalah datang ke

BILIK KAUNSELING 038
PUSAT PENGAJIAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

atau jauh sgt kan?
boleh emel je..nti kita chat
(even e-kaunseling ni susah sket coz xnampak nonverbal actions kan)
tp harapnya boleh share dgn ikhlas la.. 
=)

w.nurhazwani@yahoo.com

Friday, September 30, 2011

jelesnyeeeeeeee

haha..bila tgk blog org, jeles pulak la..ye la blog dorg byk follower, entri pon best2..huhu
spe suh ak mls nk cr bahan wat entri kan..hik3..bia la..asalkan ak jd diri ak sendiri..

xkisah la follower ramai ke x, citer best ke x, asalkan bila ak rase nak menulis, ak tuleh..bila ak ase nak bg info, ak cari bahan..ye dak? k, tata..nak cr info..wat esaimen n tesis..waaaaaaaaaaaa...sesi pon xde lg..huhu..mne ak nak cari klien ni..praktikum, knp kau ada..240 jam lak tu..huh..meh, spe nak wat sesi kaunseling ngan sy? sy sedia membantu..sharing is caring.. =)

Sunday, September 25, 2011

keterbukaan

Salam 1 Malaysia..
dah lame jugak kan ak x menulis ni..bz kot..plus xde idea nak tulis tentang apa..sebab klu tension pon, ada org yg boleh ak luahkan tension ak..bukan nak bg org tu terbeban ngan luahan tension ak tu..tp juz nak share ap yg berlaku dlm hidup ak..so that, xde gap dlm hubungan interpersonal tu kan..bagi ak la..org lain mungkin berbeza pendapatnya kan..

that's the secret of human being..setiap apa yg kita fikir x semestinya sama dgn ap yg org lain fikirkan..manusia itu unik..klu sama ap yg difikirkan, xde kepelbagaian la kan dlm dunia ni..hidup pon mungkin flat je, xde kreativiti..

ak penah mention dulu ak ni open orgnya..but in certain things, myb i'm not..bg ak open ad hadnya..n ak akui dlm entri sebelum ni, ak agak 'x malu' sket la kan..so, harapnya perubahan semester ni membawa perubahan dalam cara berfikir ak, cara ak bertindak n ak harap ak lebih matang dlm hidup..

dlm kaunseling pon, isu keterbukaan memang timbul dalam sesi dgn klien..peringkat awal sesi amat penting sebab time ni la as a counselor, kita cuba membina hubungan dgn klien..dlm istilah yg lebih tepat, kaunselor cuba utk mendapatkan kepercayaan penuh dr klien..

sme la jugak bila diaplikasikan dlm hidup..secara x lgsung, as a man and a woman, masing2 cuba utk kenal diri masing2..mula rapat, cerita latar belakang..suka ap, suka warna ap..kan3?

dr situ sebenarnya, kita dpt lihat la difference between friends and close friends..klu dgn friends, cara interaksi mungkin bese2 je..klu close friends, hah...memang luar biasa la kan..often share things, stories, feelings..pendek kata lebih open ngan close friends..

ak pernah ada close friends..mmg klu sembang, ak kau tu kira x kasar sgt la coz dia laki kan..mcm2 citer ak share..plus emotions..itu before ak ad mr eskrem ak la..pas ad mr eskrem, keterbukaan ak nak citer emotions ak adalah kepada mr eksrem.. =)

tp..ak tatau la mr eskrem pikir ap kan..huhu..klu2 dia xnk share pape ngan ak sebab xnk bebankan mslh dia kt ak..n it happened..ak tau niat dia baik...tp ak ni sape kan..kne la dia utamakan ak dulu..xkisah la benda tu masalah ke, berita gembira ke, inform pasal pape ke kan..sebab kan dh gtau trus terang..

ak rasa pendekatan yg ak guna belum cukup utk wat dia rasa yg ak ni tempat mengadu dia yg pertama..lgpon dia kan lelaki..of coz la dorg rasa sedikit tertutup kan..bila bab2 perasaan ngan emosi ni selalunya lelaki susah sket nak express..

hahaha..boleh lak tibe2 gelak kan..

ermm..org x cukup tido memang cmni..semalam xleh tido la..ak fikir ap yg ak boleh wat ek..ak nak dia rasa yg ak ni memang 'first lady' dia ah..huhu..mmg dia rasa cmtu pon, tp bab2 luahan isi hati ni..still dia kne improve la..sharing emotions doesn't mean kita nampak lemah tau..

xpe la..ak still contact ngan dia..(of cos la kan..ak nak contact spe lg klu bukan dia)..i juz can't stop thinking about him..what he do, where he is, dh mkn ke belom, sihat ke x..sumer la..sebab ak syg dia..

even parents ak cam x galakkan ak kawan lebih rapat, tp ak still defend dia..ak tau dia boleh jd yg terbaik utk ak..ak yakin pd dia..sebab ak tau org laki ni klu berusaha dan bertawakal, mmg rezeki dlm tgn..

kdg2, kita akan kecik ati bila org yg kita syg luahkan masalah kt org lain..bukannya jeles, tp it just some sort of feeling yg x best la..mungkin ak lebih senang bgtau dia yg ak jeles, tp sebenarnya rasa tu berbeza..sebab even ngan kawan, ak faham..tmbah lak bila org tu sma characteristics ngan kita kan..ak x jeles klu apa yg dia gtau kwan dia tu sma ngan apa yg ak tau..mslhnya apa yg ak tau x sama...malah kurang.. =(

mr eskrem, pls..be open to me..kan sy doktor awak...hehe.. luv u syg..klu awak nak sy layan awak camane close friends awak lyn awak, sy rasa mungkin x sme sket..sebab i luv u more..hehe =)) tp klu awak nak, sy cuba ye..

yg ak tau, ak kne berubah utk hubungan ni..tp...no, xde tapi2..memang ak kne berubah..in other ways..klu dia still anggap ak ni intan payung dia yg dia cume citer hal2 gembira je, xpe la..mungkin gap tu still wujud klu cmtu..

nak pecahkan gap, kne la be more open to me syg..tau..sy x marah cume kecik ati je..

p/s: nak tido jap leh? ngantok la semalam x tido..haha..kne tgkap ngan lecturer bru tau tido waktu pejabat.. =)

Sunday, May 22, 2011

pengawas exam yg "busybody"

ni jadual exam sem 6..utk yg x bce lg pasal post ni..ada kt cni.. 


haha..peace, sy bru abes exam..skrg ni update blog sementara nak tgu waktu utk pulang ke TAIPING...
hehe..gmbr sekadar hiasan..hati2 dgn H1N1.. =) 

alhamdulillah..semalam tepat jam 1130, paper terakhir ak bg sem 6 ni selamat dikutip untuk dihantar ke pensyarah berkenaan.. kod kursus SSKC 2343..nama kursus ETIKA DAN AKTA KAUNSELOR..perghh..sebut pasal etika n akta, confirm pale otak dh terbayang segala macam seksyen, subseksyen, kesalahan, penjara, denda n terms paling sinonim even dlm berita-berita tv n di dada-dada akhbar(oooppppsss..dada? kah3..otak ijau!!!) adalah denda x lebih rm+++++ atau penjara x lebih ++++tahun atau kedua-duanya sekali..

paper etika n akta dikuliahkan oleh dua org lecturer..sebab ape?? sebab :

1)lecturer pertama dh x keje ngan uum so, lecturer kedua ganti lecturer pertama td; atau
2)lecturer kedua amek alih tugas bila lecturer pertama dh x keje ngan uum; atau
3)kedua-duanya sekali..hahaha...

so, berlaku sedikit rasa tidak adil bila mana kena isi slip kehadiran exam n maklumat pd skrip jawapan berkenaan ruangan nama pensyarah..lama ak pikir...dlm 5 saat..(lama tu!!) ak decide, letak nama dua-dua lecturer, lecturer 1 dulu pastu baru nama lecturer 2..adil kan..1st come 1st DEserveD.. =)

nak dipanjangkan citer........................................panjang kan?? hik3..ak men game pd mlm sebelum exam tu..dr pas mgrb sampai kul 9.30..mentang2 la bendera merah kan..lepak la dpn game lame2..bukan layan DOTA ke apa ke..cume turtle odyssey je..huk3..bru try men, jd ketagih sudah...haha..

ok2..straight to the point, pas men game kepala ak sakit giler..lame sgt menatap skrin kot..ble tgk notes etika n akta balik lg pening coz bahasa inggeris..tergeliat lidah jugak la nk menghafalny..nota bi jawab exam dlm bm..aduihhh...ku mencari ubat sakit pale, tp x jumpa..ish, mne pulak ak letak kan..xpe la, kepala perlu dibaringkan..eh?? badan perlu dibaringkan..

ak msg mak, kata nk tdo awal..suh mak kejut jam 0500 coz byk lg yg x cover..siap2 bantal sumer, baring..tp stil pegang notes bce2 gak..konon2 smpi terlelap la kan..eh??mr eskrem x gtau lagi..msg lak kt mr eskrem, kata nk tdo awl coz sakit pale..xckup msg, nk kol jugak..hik3..then...xperlu la citer kt cni kan..hehehe..

ni la mr eskrem sy..hik3..perisa rainbow...
tp bukan "rainbow flag" tau..
nak tau pe tu rainbow flag?? search la..
hehe.. (tu simbol utk golongan homoseksual..nak tau lebih, search k..
ak x larat nak buh kt cni..dh puas search utk paper KRISIS IDENTITI DIRI  ri tu..)

atas nasihat dr eskrem, ak tdo..pejam mata...


tido pejam mata la cik kak..bukan jegil mata..haha..dh pi baring nu..lg 1 toksah duk
alim sgt smpi tidoq pon nak pakai tudung..hihi..

telefon berbunyi RING RING RING
ku angkat ku dengar suara...lalalala...
(sambung sendiri k)

tepon bunyi, member kol..tny pasal notes yg akta ni..ak pon bingkas la bangun cr notes tu nk gtau kt dia..padahal kepala sakit giler..xpe la, utk ak jugak..after selaraskan notes dia ngan notes ak n terbukti sama, dia pon dh ok..so, ak pon dh explain ape yg patut n it's time 2 sleep..

hahaha..kesudahannya ak tido lewat gak, coz sakit pale sket2 n sambil tgk2 notes..

eh??tajuk entri pe ntah? oh, pengawas exam..ok2

mak kejut jam 0500, ak sedar tp tido balik..jam 0530 ak bangun..bace lg..

sampai ak siap2 nk g exam n tepat 0845 ak dh dlm dewan exam..siap sedia ngan pen2 ak..single seat tu..
haha..mne de org jwb exam duk rapat2!!! kah3..of cos la single..hik3.. barisan ketiga n meja terakhir sekali dlm barisan tu..

bila dpt meja last tu:

hipotesis 1) mesti pengawas exam ni bising coz port dorg memang belakang meja aku
hipotesis 2) mesti pengawas exam memang diri belakang ak ah, senang nk pantau calon exam

hasil pemerhatian:

dapatan 1) mmg dorg bising, nak2 lak kan time ramai student dh kuar awal..so, bertambah bising la kan..masing2 x byk keje sgt..

dapatan 2) oh, ni yg part best ni..klimaks entri..agak2 klu letak perkataan klimaks byk, traffic blog ak meningkat x? erm...kita cuba dlm dua bahasa k.. klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax klimaks climax....oh..cukup la tu..x larat nak tekan ctrl v dah..hehe...nti kite tgk hasilnye k..klu x meningkat tu, erm..paham2 je lah.. haha..back to the climax td, pengawas exam pompuan baju kurung biru tudung biru vest biru otak tatau la biru ke x kan..tegur ak..


la...bukan yg ni..baju KURUNG biru paham???


eh3..bukan yg ni..ni ak la..haha

sambungan...
dia: "lecturer bg ke jawab exam guna pen kaler2?"
aku: "xde masalah pon sebelom ni"(muka x puas ati coz konsentrasi terganggu)
dia: "oh"
aku: ....(mls nak jawab, ak nk jwb exam lg bagus dpat gak markah)

smbil tuleh jawapan esei tu, otk ak pusing2 mengenangkan peristiwa yg bru berlaku 10 saat yg lepas tu..dlm hati ak bermonolog sendiri..

aku: "suka ati aku la nk gune pen kaler2 ke x"
aku: "bukannya guna kaler merah.."
aku: "cume kaler purple, hijau, biru n itam je pon!!!"
aku: "x reti psikologi tol"
aku: "colorful kan best, xde la lecturer tension nk tanda kertas tgk sumer paper sme je kaler biruuuuuu...kaler itammmmm...."


be unique la..bru org ingat kita..kan3? hik3

sambungan...
aku: "dr sem 1, ak gune pen kaler2, xpenah pon lecturer tegur x leh wat"
aku: "dpt jugak dean list...4 kali kot..haha..sem 5 kantoi, coz byk main..sem 6 tatau lg"


kenangan: dean list kedua waktu sem 2

sambung lagik..
aku: "dlm arahan ketua pengawas exam pon, x mention hanya guna pen biru atau hitan sahaja"
aku: "ah..pompuan tu memang, jeles la kertas ak lawa byk kaler"

sedar x sedar byk gak ak bermonolog sendiri..weh..masa nk abes ni..kne jawab 4 soalan dr 9 soalan..n setiap soalan 25 markah!!! gile ko, nak goreng apa dlm 1 subtopik contoh la kan "keadilan sosial" sedangkan etika pasal tu, ak ingat sebijik je..haha..

yeah...semangat menggoreng memuncak..


dah xde idea nak goreng, tukar taktik k..kita tembak je..haha..
padahal soalan esei, bukannya objektif nak tembak2 kan..hik3

sedar x sedar, paper ni la yg ak mmg tulis byk giler la, dr start exam smpai abes..memang lenguh ar tangan ak menggoreng..perghhhh...ak PUAS HATI..klu x dpt A gak??ak memang kuciwa gile ah..so, masa pon tamat, n skrip jawapan ku dikutip..n ak PUAS HATI NGAN LAST PAPER NI..segala air liur n penat lelah ak selama sehari setengah wat notes n explain kat kwn2 yg dtg bilik tny ak, ak rasa berbaloi bila ak jd RAMBANG MATA nk jwb soalan mane 1 nih? huhu..berlagak gile kan? xde la, cume pengajarannye kat cni, stdy betol2..(yup, suka pulak bce nota bi..hehe) n ada ilmu sikit kongsi2kan..dan selamat beramal..insyaAllah, dpt lebih byk lg nti..


baca, jgn x baca..x kesah la bahan ilmiah ke hiburan, tp bermanfaat utk kemudian hari

oh, tidak dilupakan pada faktor motivasi intrinsik..jeng3..


of cos la, my mum n dad
fact 1) mak ak garang tp lembut
fact 2) ayah ak pendiam tp garang
fact 3) ayah ak sebenarnya tinggi lagi dr mak ak
fact 4) mereka saling mencintai antara satu sama lain
fact 5) ak nk dpt adik lagi..yes3.. ^_^
fact 6) dorg bg warning kt ak klu x dpt dean list sem ni..uwaaaaaa...


menampilkan sekali lagi..mr eskrem... (***clappings...huhu)


n also my coursemate.. =)


n last but not least mr bear.. hihi..
my pillowmate..haha

p/s: lecturer 1: Tan Sri Nordin Kardi
      lecturer 2: Dato' Abu Seman Awang

Saturday, May 14, 2011

sedih entri masih hilang

huhuhu..sedihnye..penat2 taip entri semalam, ilang lak..awat blogspot ni???ermmm...klu xde gak, hurmmm..sedihnye..bukan senang nk emo2 cam semalam..hik3..

Thursday, May 12, 2011

thanks bg sy rasa semua ni


sy x tau bile first time sy nmpk awak..tp sy tau first time sy msg awak..awak tinggalkan no fon dlm inbox fb sy..sy segan2 nak msg awak..tp sy fikir, why not sy anta kan..awak kan kawan sy dr sekolah rendah lg..lg pun, awak kawan sy..ye, waktu tu awak kawan sy..kita msg tiap2 mlm2..


1 hari kan awak, awak gurau2 ngan sy..usik2 sy..tnpa sy sedar, hati sy terusik..huhu..awak ayat sy ek?..huhu..sy jual mahal kan..hihi..xla, sy risau sy xdpt bg komitmen..xnk pisang berbuah dua kali..

1 hari tu kan..awak mtk kt sy nk msg awal drpd selalu..slalu kita msg mlm2..tp the next day, sy dpt msg awak waktu ptg..smpi lme2, msg good morning dr awak..smpi ke msg good nite utk sy..

awak, sy dh terbiasa ngan msg2 awak yg masuk setiap hari kt inbox sy..sy dh tau bila awak akan msg, kul bpe awak blik, kul bpe awak bz..sebab awak gtau saya..so, sy tau la kan..


awak, semalam sy terasa sgt2..awak x bgtau sy apa awak wat..awak x msg sy ptg tu..awak x msg sy mlm tu..sy tgu awak smpi ke tengah malam..tp xde jugak msg awk..


awak, tau x sy risau? slalu awak gtau sy lebih kurang kul 11, awak smpi umah..sy tgu smpi kul 12, awak x msg jugak..sy tny, awak x bls msg sy..awak tertidur agaknya, fikir sy.. awak penat baru balik, kata sy nak sedapkan hati..sy panggil2 nme awak dlm hati saya..air jatuh di pipi sy..


awak, smpi kul 2, sy rase risau sgt..np awak x msg sy..klu awak tdo, sy harap awak tersedar..klu awak abes kredit, sy harap awak wat call-me-back..sy boleh kol awak..


1 msg sy terima dr awak pas tu..awak kata awak ok, suh sy tdo dulu..sy tny awak wat pe..awak tetap blas suh sy tdo dulu, esok awak citer..sy pon kata ok, sy tgu..

tp kan awak, sy x leh tdo..smpi kul 4..bru sy terlelap..dlm x sedar, sy tdo bertemankan air mata..esoknya, sy msg awak kul 7..myb awak x bgun lg..sy tgu smpi sy terlelap lg..kul 9 lebih, awak bls msg sy..sy tgu awak bg reason knp smalam..tp awak fikir sy yg ada mslh..


aah, sy mmg ad mslh..sy rindukan awak..tu masalah sy..sy x boleh x msg awak lme2..tu masalah sy..sy rasa kosong klu awak x de..tu masalah sy..sy risau awak kt mne, wat pe, sebab awak x gtau sy..tu mslh sy..sy dh x leh berenggang ngan awak..tu masalah sy..


awak kata awak dh gtau sy jgn risau, so jgn risau la kan..tp awak x gtau awak wt pe..mst la sy risau..hati sy ni..awak xtau..xsedap ati dr mlm semlm lg..knp awak tibe2 senyap..bz sgt ke..

awak tau x? awak yg biasakan sy ngan awak..awak yg manjakan sy tiap2 ari ngan msg awak..awak yg wat sy xleh berenggang ngan awak..msg2 awak dh sebati dlm idup sy..xde msg awak, means xde la idup sy..sy xtau knp..bodoh kan sy ni..tp xpe, sebab sy yg benarkan awak hadir dlm idup sy..sebab awak ad mintak izinkan awak temankan sy..

kelakar kan sy ni..emo x tentu pasal..hahahaha..nanges x tentu pasal..lg kelakar..

smpi sekarang, dh kul 8 lebih..awak x msg sy dr last msg awak pg td..sy xnk tny dah..xnk tny lg..klu awak nk gtau, awak gtau sy..klu x, sy xnk tny..sy xnk msg awak dulu...sy nak awak yg msg sy dulu..ye, awak penah kata sy keras hati..n sy akui, sy mmg keras hati..tp tgk keadaan la kan..smpi skrg, xde 1 pun msg dr awak..at least, gtau sy awak wat pe..dh makan ke belom..1 je awak..


awak yg salah sebab biasakan sy ngan msg2 awak..tp sy yg patut dipersalahkan sebab xdpt nak biasakan diri klu awak x msg sy..


sy rindu awak..rindu sgt2..


thanks bg sy rasa semua ni..klu x, sy xtau betapa sebenarnya awak penting dlm idup sy..tp jgn salahkan sy awak..andai sy terluka ngan awak..n xdpt nk kekalkan rasa ni lg..sy pernah gtau awak kan..klu sy terluka, sy akan lupa nama org yg wat sy terluka..sy xnk lupa nma awak..sebab sy SAYANG awak..


i luv you sayang......................................

thx awak..msg awak bru je masuk..awak suh sy study leklok..sentiasa rindu dan cintakan sy..blh x klu sy xnk reply..sebab sy xnk gaduh ngan awak..sorry, i'm not going to reply your msg sayang..

Friday, May 06, 2011

sengsara itu dugaan

huh
pembukaan yg agak panassssss
bru je nak taip nih
ada 1 notification masuk 
(fb la ni)

mesej

xplu kot nk tmbh2 kenalan
o
o
o
o
o
o
o
ok
okkkkkk fineeeee

xnk accept sudah r
xpayah r nak berbalas-balas mesej lak kan
ignore je trus

ini mengundang panas di hatiiiiiiii!!!!!!!

waduh2..kok marah2 gi tu sih
mungkin dia wat fb utk kwn2 rapat je kan
mungkin jugak dia dah x nak accept org yg dia x kenal
mungkin jugak tu bukan diri dia yg sebenar....hahaha

aduh, sabar2...
dh la nak exam ni

ok, bior la kt dia kan

bajet *********************
(ap ak tuleh pon tatau)
hahaha

jeng3


ni jadual exam ak
klik pd gmbr klu nak tgk besaq2 no

huhu
mata dh berpinar-pinar ni
(eh?bukan kepala ke yg berpinar-pinar?)

haha
tandanya dh gelong la ni
waaaaaaaaaaaa

hurmmm...moga exam kali ni lebih baik dr sem lepas
huhu
dah dpt warning dr ibu bapa ku yg tercinta yg ku rindu yg berada kat umah yg telah berbulan-bulan ak x balik 
huhu..

wish me all da best...

=))

Saturday, April 30, 2011

eksplorasi flora dan fauna

As-salam
xmao ckp byk2..nk update gmbr je
ak a bit moody ri ni

ni gmbr semalam
utk kelas kaunseling pelbagai budaya
wat kem sehari
LDK n masuk hutan Sintok




























gmbr2 je k...
x de mood nak mengarang banyak2...